"Banyak bersabar dan terbukti sabar banyak ganjarannya....”-Lama berdiam diri, ini keadaan terkini Kazar
‘Banyak bersabar dan terbukti sabar banyak ganjarannya”-Lama berdiam diri, ini keadaan terkini Kazar
PELAKON Kazar Saisi berkata Ramadan tahun ini memberi banyak hikmah dan mengajarnya menjadi seorang individu yang lebih penyabar.
Kata Kazar, dia juga mengelakkan diri daripada menggunakan media sosial dan berusaha memperbaiki diri di bulan mulia ini.
“Bulan Ramadan kurang tengok Instagram sebab hormati Ramadan, cuba perbaiki diri setiap tahun.
“Ramadan ini saya banyak bersabar. Akhir-akhir ni banyak bersabar dan terbukti sabar banyak ganjarannya.
“Yang paling saya rindu pada bulan Ramadhan ini sewaktu bekerja dengan arwah Mamat Khalid sebab dia banyak hasilkan karya yang sukar untuk dilupakan oleh semua orang seperti Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
Perjalanan Kazar Sebelum Terkenal Dalam Dunia Seni
Mungkin ramai golongan muda sekarang tidak tahu bahawa Kazar asalnya bermula dalam dunia seni sebagai artis rakaman dan beliau cukup popular sekitar tahun 1980an. Nama sebenar Kazarudin Saisi atau lebih senang dengan panggilan Kazar yang dikenali hari ini lebih popular dalam bidang lakonan.
Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, Kazaruddin Saisi dilahirkan di Behrang, Perak pada tahun 1959. Sejak zaman persekolahan lagi beliau memasang impian untuk menjadi seorang penyanyi dan memiliki albumnya yang tersendiri.
Untuk mengejar impiannya itu, beliau meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang-peluang yang ada dalam dunia seni.
Pada asalnya, Kazar telah terpilih dalam satu sesi uji bakat untuk album kompilasi kempen anti dadah dalam sekitar tahun 1983. Dengan tidak mengenali dan tidak bergantung kepada sesiapa di Kuala Lumpur, bakatnya sahaja yang menjadi harapan untuk dapatkan peluang-peluang menjadi seorang seniman.
Sudah ditakdirkan dan tentuan oleh tuhan, Kazar terpilih dan direkrut oleh Serina Hashim yang juga merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai dan pelakon dalam sekitar tahun 1970an. Inilah peluang pertama yang beliau dapat untuk merakamkan sebuah lagu untuk album khas yang diterbitkan dalam bentuk kaset.
Seorang jurutera bunyi yang terlibat dalam rakaman album kompilasi kempen anti dadah tersebut telah membantu Kazar untuk buat demo lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk Ana Aku Merana.
Demo lagu pertama Kazar kemudian dihantar kepada seorang komposer yang terkenal dan telah mambawa naik ramai penyanyi popular pada waktu itu iaitu Datuk Ahmad Nawab.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sekali lagi nasib menyebelahi Kazar apabila demo lagu tersebut diterima oleh Datuk Ahmad Nawab. Kazar kemudian dipanggil oleh Datuk Ahmad Nawab untuk tandatangan kontrak dengan tanpa melalui proses uji bakat seperti artis yang lain.
Lagu ciptaan Kazar yang bertajuk Ana Aku Merana kemudian ditukarkan kepada tajuk baru iaitu Kali Pertama Kasih Ku Bersemi dan lagu tersebut telah dimuatkan ke dalam album sulung Kazar dalam tahun 1984. Sejak dari itu, nama Kazar mula dikenali di seluruh negara dan beliau amat terkenal dan disukai ramai!
Pernah dalam tahun 1985 yang mana pada waktu itu lagu beliau yang bertajuk Memburu Impian pernah menjadi muzik langsung untuk filem Gila Gila Remaja yang dilakonkan oleh Faizal Hussein.
Dengan terpilihnya lagu beliau untuk dijadikan runut bunyi filem tersebut, ia memberi impak dengan meninggalkan kenangan yang cukup manis buat diri Kazar sehingga ke hari ini.
Kazar – Memburu Impian
Untuk dalam dunia lakonan pula, Kazar mula berlakon dalam sekitar tahun 1990an yang mana pada ketika itu stesen televisyen swasta mula diperkenalkan.
Kesan atas stesen televisyen swasta mula diperkenalkan adalah menyebabkan ramai penyayi mencuba nasib dalam bidang lakonan dan Kazar juga turut tidak terkecuali.
Sehingga ke hari ini, Kazar meneruskan kariernya sebagai pelakon dan beliau telah membintangi puluhan drama di televisyen. Pelakon yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2014 dan Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada tahun 2016.
Perjalanan Kazar Sebelum Terkenal Dalam Dunia Seni
Jika zaman dulu, pelakon baru akan dibayar dalam jumlah yang rendah atas alasan faktor pelakon baru dan pelakon lebih senior akan diberi bayaran yang lebih mahal.
Manakala pada hari ini segalanya sudah terbalik situasinya. Apa yang dapat kita lihat, pelakon baru hari ini diberi bayaran yang lebih tinggi dan pelakon lama diberikan bayaran yang lebih rendah.
Perjalanan Kazar Sebelum Terkenal Dalam Dunia Seni
Walaupun Kazar terpaksa dan masih menerima bayaran yang lebih kurang sama dalam situasi dua zaman yang berbeza, Kazar tetap bersyukur atas limpahan rezeki yang diterimanya dan berharap agar peminat akan sentiasa menyokong beliau dalam perjuangan karier industri seni.
kredit: mstar, op