Baru je Syamsul buat pengakuan masih lagi suami dan boleh tidur sekatil, Ini pula ayat padu Puteri sarah

“Nak buat macam mana, saya masih sayangkan dia,” kata pengarah Syamsul Yusof mengenai perasaannya terharap isteri pertamanya, Puteri Sarah. Menurut Syamsul, 39, dia mahu menyelamatkan rumah tangganya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami kepada kedua-dua isterinya termasuk Ira Kazar.

“Saya masih nak selamatkan (rumah tangga) lagi. Walau buruk sekali pun isteri saya, tak kisahlah sama ada Sarah atau Ira, dia tanggungjawab saya.
“Saya harus bimbing mereka walaupun saya tidak sempurna, saya tetap kena bimbing dia juga,”katanya kepada Gempak.

Syamsul berkata demikian ketika sidang media khas untuk menjelaskan perkara sebenar dari pihaknya tentang kemelut rumah tangganya yang berlaku selama ini. Pengarah filem Munafik itu memberitahu dia masih mahu berbincang secara peribadi dan rasional dengan Puteri Sarah kerana tidak suka dengan cara isterinya menghebohkannya di media sosial seperti ibarat membuka aib mereka.

“Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah dan uar-uarkan di media sosial.

“Ada jalan yang lebih balk daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. lni bukan satu pertandingan (hal rumah tangga). “Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah?

“Dan, jangan lupa saya masih suami dia lagi walau apapun, end of the day, saya akan tidur dengan dia di atas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen,” ujarnya.

Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, hari ini, gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk bercerai.

“Saya masih dengan keputusan untuk bercerai dan tidak mahu berdamai. Cukup-cukuplah saya sudah penat. Lepaskan saya saja,” katanya.

 

Pengakuan Sarah, Menerusi sesi yang berlangsung hampir dua jam itu, Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea nekad dengan keputusan untuk bercerai dengan Syamsul dan menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini.

“Saya memilih untuk tidak berjumpa dan sebilik dengan Syamsul, hari ini. Jadi, saya dan adik hanya berjumpa dengan pegawai yang dilantik dan menceritakan segala-galanya mengenai konflik rumah tangga kami serta bukti.

“Bagi saya, pegawai Jawi perlu tahu apa yang berlaku supaya ada jalan penyelesaian atau sebaliknya. Saya tegaskan kepada pegawai berkenaan saya memang tidak mahu bersama kerana sudah penat dengan masalah yang ditanggung selama beberapa tahun ini.

“Selepas ini kami akan bertemu di mahkamah untuk hakim mendengar keputusan yang gagal dicapai pada sesi JKP ini. Saya harap saya cepat-cepat ‘dilepaskan’ dan sekiranya dia enggan menceraikan proses seterusnya adalah melantik hakam bagi permohonan perceraian ini,” katanya.

Sumber : Gempak & HM