Selepas nama digugurkan, Aaron Aziz terus dapat ‘offer’ berlakon filem Yusof Haslam… “Ini kebetulan, tak ada isu dengan Syamsul”


ENGGAN timbul sebarang spekulasi selepas menawarkan peluang lakonan kepada pelakon Datuk Aaron Aziz dalam filem Sheriff, penerbit Datuk Yusof Haslam tampil menjelaskan pembabitan aktor berkenaan dalam karya terbaharu terbitannya itu.

Menurut Yusof, 69, Aaron menepati kriteria diperlukan untuk melakonkan watak antagonis dalam filem berkenaan dan secara kebetulan konflik membabitkan aktor berasal Singapura itu dengan anaknya Syamsul Yusof menjadi bualan.

Yusof Haslam tak simpan dendam pada Syamsul.

“Sebenarnya pada ketika itu saya memang tengah mencari pelakon watak penjahat, bila Aaron beritahu dia digugurkan dan hilang kerja jadi saya ambil dia yang kebetulan ada masa lapang ketika itu.

“Tak ada isu mengenai Syamsul gugurkan Aaron dan saya ambil dia, ini secara kebetulan sahaja. Kita perlukan watak penting. Watak itu pula sesuai dengan dia. Saya tak nak orang salah faham.

“Benda ini tiada niat, Syamsul itu anak saya jadi tak ada isu, saya sayang anak saya. Saya bukannya ambil Aaron sebab nak balas dendam ke apa. Demi Allah tiada (niat) itu,” katanya kepada mStar.

Yusof berkongsi perkara itu ketika ditemui tayangan perdana Astro Original Liar yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Yusof berkata dia tidak mahu mengambil tahu tentang kemelut yang melanda antara Aaron dan juga anaknya itu.

Dia bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Bagi saya mungkin ada salah faham antara dia dan Syamsul. Saya tak pasti apa sebab dia digugurkan. Saya tak mahu menggores hati anak saya dan orang lain yang terlibat. Saya ambil Aaron dengan cara profesional tanpa prejudis.

Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil.

YUSOF HASLAM

PENERBIT/PENGARAH

“Terus terang saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak dan menantu saya… begitu juga dengan Aaron. Industri ini kecil sahaja pusing-pusing akan jumpa balik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusof turut berasa sedih apabila filem arahan Syamsul itu mendapat tentangan ramai kerana kemelut rumah tangganya bersama pelakon Puteri Sarah Liyana.

“Terus terang saya sebagai bapa sedih apabila ada orang kata nak boikot filem Syamsul, bagi saya tiada adil. Masalah peribadi itu peribadi, kerja itu kerja.

“Saya kalau boleh tak nak orang ramai boikot filem Syamsul kerana beberapa isu, itu masalah perbadi dia bagi saya. Kalau ada karya yang baik kita sokong tanpa mengira siapa dia,” ujarnya.

Yusof Haslam sentiasa mendoakan kebahagian anak menantu.

Pada Ahad lalu, Aaron, 47, mendedahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon Original Gangster namun enggan mendedahkan puncanya kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam.

Malah Soffi Jikan turut mendedahkan wujud kemelut di antara Aaron dengan Syamsul sehingga aktor asal Singapura itu digugurkan dari barisan pelakon filem aksi berkenaan.

Original Gangster yang sedang dalam penggambaran turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Sharnaaz Ahmad.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: