"Khabar Duka, Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia, Rebah Selepas Tunai Umrah. Al Fatihah..
Khabar Duka, Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia, Rebah Selepas Tunai Umrah. Al Fatihah
Khabar Duka, Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia, Rebah Selepas Tunai Umrah. Al Fatihah
Khabar Duka, Jalaluddin Hassan Meninggal Dunia, Rebah Selepas Tunai Umrah. Al Fatihah
Jalaluddin Hassan meninggal dunia, rebah selepas tunai umrah. Khabar duka itu disampaikan oleh satu catatan di laman Facebook Fawaidul Mukhtarah.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan sebelum dikebumikan selepas solat Asar.
Catatan itu turut diiringi petikan skrin mesej WhatsApp oleh Ustaz TM Fouzy yang menyatakan bahawa isteri Allahyarham mengesahkan berita kematian itu.
NAIB Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) Ustaz Jalaluddin Hassan meninggal dunia di Mekah, hari ini
Menurut Ustaz TM Fouzy, isteri Allahyarham memaklumkan Allahyarham mengadu sakit belakang pada jam 2 pagi.
Beliau dibawa ke klinik swasta AlBayt di Kompleks Menara Zam-zam tetapi klinik itu tutup.
Ustaz Jalaluddin, rebah di sana.
Jalaluddin Hassan meninggal dunia, rebah selepas tunai umrah
Salah seorang jemaah umrah Jalaluddin Travel, Muhd Khorudin berkata, Allahyarham baru sahaja selesai menunaikan umrah selepas tiba di Mekah dua hari yang lalu.
“Semalam baru habis ziarah, buat ziarah dan umrah dari Jaaranah, dia (Allahyarham) ikut umrah, dia balik mungkin penat agaknya.”
“Malamnya kita baru makan bersama di restoran jadi kita tak nampak dia (Allahyarham) sakit, jadi tak menyangka,” kata seorang lagi jemaah umrah yang bernama Syarif.
Allahyarham Ustaz Jalaluddin dilaporkan berangkat ke Arab Saudi pada 7 Disember lalu bersama 47 jemaah dan dijangka pulang pada 17 Disember ini.
Pada Oktober lalu, Allahyarham memimpin pasukan AMTAS yang meninjau pembukaan semula ibadah umrah untuk para jemaah Singapura.
Pasukan itu meninjau protokol kesihatan agar jemaah Singapura dapat mengerjakan umrah COVID dengan selamat.
Kumpulan pertama jemaah umrah Singapura mula berangkat ke Saudi pada 4 November lalu.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah...
Salam Takziah
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...
Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin...
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...🤲🤲🤲🤲