“Jadi wanita psik0..tidak terbawa bawa sampai selesai..” Puteri sarah risau diri kini

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon, Puteri Sarah Liyana sedikit pun tidak menggangu perjalanan karier lakonannya selepas kembali rancak membintangi banyak drama.

Melihat dari posting yang sering di buat di Insta Story, Puteri Sarah kini sedang giat menjayakan pengambaran drama yang memerlukan dirinya melakonkan watak wanita psiko.

Berlakon jadi wanita psiko. Menerusi Insta Story terbaru, dia mengatakan watak lakonannya yang dikenali sebagai ‘Munirah’ merupakan perempuan psiko yang pastinya boleh membuatkan penonton ‘naik darah’.

Namun begitu, dia berharap watak yang dilakonkan itu tidak terbawa-bawa sehingga selesai pengambaran kerana bimbang mengganggu urusan hariannya di kehidupan sebenar. Bawa watak ‘penyondol’?

Difahamkan, Puteri Sarah kini sedang menjalani pengambaran drama bertajuk Hijrah Jannah dan kerap berkongsi momen-momen sewaktu berada di lokasi shooting.

Menerusi posting pelakon itu sebelum ini di Instagram, watak ‘Munirah’ yang dilakonkannya adalah wanita ‘penyondol’ yang sering dibahaskan di media sosial sejak akhir-akhir ini. Untuk rekod, nama Puteri Sarah telah kembali menjadi sebutan ramai setelah isu rumah tangganya kerap berlegar di media sosial.

Sebelum ini, tular di laman TkTok mengenai video memaparkan satu babak dalam episod 7 drama Andai Itu Takdirnya yang dilakonkan oleh pelakon, Shukri Yahaya dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi video tersebut, Puteri Sarah yang memegang watak sebagai Umi dilihat memaki hamun watak Aizril yang dipegang oleh Shukri Yahaya. Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dialog serta lakonan Puteri Sarah dalam babak itu seolah-olah ‘melepaskan geram’ terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

 

Susulan itu, ramai yang memuji lakonan hebat Puteri Sarah kerana memberi kesan mendalam kepada penoton yang rata-ratanya ‘puas hati’ melihat babak itu.

Meninjau di ruangan komen, pelakon berusia 37 tahun itu mendedahkan dia ada menambah sendiri dialog di dalam skrip babak berkenaan sebagai ‘penambah perisa’.

Kemelut dalam perkahwinannya bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof hangat diperkatakan dan ketika ini proses tuntutan penceraian masih berjalan di mahkamah syariah.

Sumber : oh my media