“Isteri restu hubungan ingin berkahwin lagi..” Dato Awie Gembira keputusan isteri, Ini pula Reaksi Erra Fazira
“Isteri restu hubungan ingin berkahwin lagi..” Dato Awie Gembira keputusan isteri, Ini pula Reaksi Erra Fazira
Menerusi satu klip dimana temu bual bersama penanyi dan pelakon yang dikenali ramai iaitu Awie dan Erra Fazira mendapat perhatian ramai setelah Awie memberi satu kenyataan yang mengejutkn semua pihak. Keakraban Erra Fazira dan Awie sememangnya diketahui ramai kerana mereka pernah berlakon bersama dan perna mempunyai hubungan suatu ketika dahulu dan kini para artis tersebut sudah mula mempunyai keluarga sendiri.
Persahabatan antara Awie dan Erra tidak pernah dihalang oleh isteri penyanyi rock tersebut malah kenyataan Awie ketika itu juga membuatkan para peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.
Mengikut dari apa yang dinyatakan oleh Awie dalam temu bual tersebut, beliau menyatakan bahawa isteri beliau merestukan hubungan jika beliau ingin berkahwin lagi namun bakal isteri beliau semestinya Erra Fazira.
Disaat beliau mengungkapkan kenyataan tersebut, ruat wajah Erra sedikit terkejut namun beliau faham Awie sekadar berseloroh dan mereka tahu batas pergaulan mereka tidak lebih sebagai seorang sahabat sahaja.
Namun para peminat tidak menyangkakan bahawa isteri penyanyi rock sanggup menyatakan kenyataan sebegitu dan hal ini dikeluarkan di temu bual ketika itu.
Penyanyi rock legenda, Datuk Awie menjelaskan, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga tidak cemburu apabila dia sering menjalinkan kerjasama dengan primadona filem Melayu, Erra Fazira sejak kebelakangan ini.
Jelasnya, isu terbabit tidak pernah timbul antara dirinya dan isteri. Bahkan, Awie berkata, Sharifah sangat memahami dan teruja setiap kali dia dan Erra bekerjasama.
“Tiada isu antara kami kerana isteri saya memang sporting mengenainya. Malah, dia telah memberikan kebenaran dan sangat teruja. “Sebab dia pun peminat Erra. Jadi, semuanya baik-baik sahaja, tiada perasaan cemburu. “Berpuluh tahun saya dah kenal dia. Kami banyak tolak ansur dan faham antara satu dengan lain.
“Dulu pernah bertunang, kecewa, putus dan hujungnya kembali bersahabat. Insya-Allah, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengannya,” katanya.
Sumber : Hmetro