‘Sejak Abam meninggal lagi dah kena.. “- Pendedahan Terbaru Hidayah Buat Ramai Simpati


Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam.

Hidayah, 32, yang dalam keadaan sugul menerusi perkongsian video di Instagram Allahyarham suaminya, @abam_bocik turut memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah sudah mengalami gangguan ‘sihir’ itu sejak Abam meninggal dunia.

“Gangguan mistik ini sejak arwah suami Dayah meninggal sampai sekarang. Mohon sesiapa yang dapat membantu Dayah dan Hamzah. Sesiapa boleh membantu boleh menghubungi abang Dayah, Azmir di talian yang diserta,” katanya.

Rata-rata netizen yang menulis di ruangan komen mengesyorkan Dayah untuk cuba berubat di Darussyifa milik Allahyarham Datuk Dr Haron Din serta ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakannya agar terus kuat menghadapi ujian hidup.


HIDAYAH bersama anaknya, Hamzsah.
Tidak kurang juga segelintir netizen yang mengambil peluang berkongsi pengalaman mereka yang pernah terkena sihir.

Bagaimanapun, Hidayah tetap diingatkan agar terus berdoa kepada Allah memohon agar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Hidayah berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun.

kredit:hmetro