“Saya sudah bercerai.. Saya nak besar kan 2 anak..” Nampak macam terpekik ketika menjual.. Siti dedah punca sebenar bercerai..

“Saya sudah bercerai.. Saya nak besar kan 2 anak..” Nampak macam terpekik ketika menjual.. Siti dedah punca sebenar bercerai..

NAMA usahawan Siti Jamumall sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman.

Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkata, dia tampil membuat pengakuan itu kerana tidak mahu menimbulkan fitnah apatah lagi perkara itu mula menjadi bualan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Enggan berkongsi punca penceraian itu, Siti sebaliknya mahu terus fokue mencari rezeki bagi menyara dua anak lelakinya.“Banyak orang buat fitnah dan komen yang buat saya terpaksa bercakap mengenai perkara ini. Ini dugaan, saya tidak mahu cerita lebih-lebih tapi saya sekarang ini adalah ibu tunggal. 

Siti buat pendedahan tentang status rumah tangganya di TikTok.“Saya cari rezeki untuk besarkan anak-anak saya, dua orang putera saya,” katanya.Siti berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.

Dalam pada itu, Siti menyangkal pendedahannya itu sebagai salah satu cara marketing dan ingin meraih simpati masyarakat bagi meningkatkan jualan produknya.”

Kata Siti, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main namun reda ketentuan jodoh dia dan bekas suami berakhir dengan penceraian.“Saya tidak mahu menangis atau minta simpati, tapi saya yakin diluar sana banyak ibu tunggal yang tengah kuat membesarkan anak-anak mereka.

“Saya buat live dan saya berniaga untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak saya. Saya tahu saya tak baik mana, banyak jahat saya,” jelasnya.Siti bersama dua anak lelakinya.Siti juga turut dilihat membalas komen ditinggalkan pengikutnya bagi menjelaskan pendedahan tersebut bukan cubaan menjual produk tetapi realiti yang terpaksa dilalui ketika ini.

“Punca kenapa, biarlah saya sahaja yang tahu. Jodoh, pertemuan ditangan Tuhan. Ini bukan content. Memang benar.“Dalam Islam nikah, cerai, talak tak boleh main-main. Doakan saya kuat,” katanya.Untuk rekod, Siti dan Mohammad Syafiq mendirikan rumah tangga pada 2019.