"Syamsul Yusof & Puteri Sarah Gelak Ketawa Bersama Di Mahkamah Buat Netizen Sebak...",-
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Gelak Ketawa Bersama Di Mahkamah Buat Netizen Sebak
Umum mengetahui, selepas lebih empat tahun rumah tangga mereka bermasalah, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya mencapai kata sepakat untuk berpisah serta membawa haluan mereka masing-masing.
Malah, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur mereka bedua berbincang secara baik dan sempat berbuka puasa bersama semalam.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di TikTok, mStar Online dilihat ada memuat naik video memaparkan pasangan itu bergelak ketawa bersama ketika berada di mahkamah.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat pasangan itu yang bakal berpisah pada 18 April ini.
Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa sedih kerana rumah tangga pasangan itu runtuh kerana orang lain. Malah, ada yang mengatakan masing-masing masih ada perasaan sayang.
Sumber: TikTok mStar Online