“Sol dah padam Gambar lra kazar masih simpan Gmbar Sarah?” Individu dedah ada sesuatu trjadi pada lG Syamsul
“Sol dah padam Gambar lra kazar masih simpan Gmbar Sarah?” Individu dedah ada sesuatu trjadi pada lG Syamsul
Pada Januari lalu, pengarah serta pelakon lelaki sensasi, Syamsul Yusof membuat pengumuman secara umum di Instagramnya bahawa dia sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama wanita bernama Ira Kazar.
Pengumuman tersebut dilakukan selepas isteri pertama, Puteri Sarah mendakwa suami sudah berlaku curang dengan wanita tersebut dalam jangka waktu yang agak lama. Susulan pengumuman tersebut, reaksi daripada netizen sememangnya negatif, lagi-lagi ramai yang melabel Ira sebagai ‘penyondol’.
Baru-baru ini, seorang netizen mendakwa di laman Instagram aktor tersebut sudah tiada lagi gambarnya bersama isteri kedua itu. Lagi membuat perkara tersebut menjadi perhatian apabila gambar Puteri Sarah masih ada di platform tersebut. komen netizen.
Bagaimanapun, melalui tinjauan BeautifulNara, gambar Syamsul bersama Ira Kazar masih ada di laman Instagramnya tetapi gambar pertama mereka bersama yang dimuat naik oleh pengarah tersebut untuk memberitahu kepada netizen tentang perkahwinan mereka sudah dipadam.
Kisah rumahtangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof sehingga ke hari ini nampaknya masih menjadi perhatian netizen. Sampai ada yang perasan ‘sesuatu’ di salah satu hantaran Syamsul di Instagram. Apa tu? VIDEO DIBawah. Salah seorang pengguna TkTok, menggunakan akaun miangmore memuat naik perbezaan sebelum dan selepas di mana komen isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar didapati tiba-tiba menghilang.
Komen Ira Kaza hilang. Pengguna TkTok itu menganggap tindakan Ira Kaza ‘muncul’ ketika isunya masih panas seperti minta dikecam. Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada komen itu dipadam oleh Syamsul atau Ira sendiri. Cepat je perasan netizen ni kan? Laju betul.
Puteri Sarah Liyana mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan melanggar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur, Jun lalu.
Akberdin berkata, selain isteri kedua Syamsul Yusof itu, bapa Ira, iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi dan seorang lagi anaknya, iaitu kakak Ira, Yasmin Kazar didakwa melnggar perintah injunksi berkenaan.
“Perintah injunksi yang dikeluarkan itu menghalang tiga individu terbabit meluah atau menyebar sebarang bentuk gangguan dalam media sosial atau mana-mana platform membabitkan Puteri Sarah. “Kami akan mulakan prosiding mahkamah terhadap Ira, Kazar dan kakaknya yang secara terang-terangan melanggar perintah injunksi kekal sehingga sekarang.
“Kita akan mulakan dengan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda sesuai jenis perlanggaran dilakukan. “Ini perlanggaran paling dasyat di mana pihak di sana sepatutnya tidak boleh mengganggu defendan sama sekali sehingga kes selesai.
“Ini tidak, mereka terus pergi ke luar negara dan bernikah tanpa izin mahkamah yang jelas perbuatan itu bercanggah perintah injunksi,” katanya selepas prosiding memfailkan perceraian plaintif, iaitu Puteri Sarah terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini. Permohonan cerai itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Akberdin menjelaskan semua urusan tuntutan cerai plaintif lancar.
“Urusan lancar… Kita sudah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah Syariah sudah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac ini.
“Sebelum itu, kita akan serahkan saman kepada defendan, Syamsul di mana dia perlu hadir pada tarikh berkenaan. Ini adalah tindakan pertama kami,” katanya. Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi, anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Syaikul Islam yang berumur lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Sumber : Beautifulnara